Bagaimanakah Kaedah-Kaedah Pelesenan, Caj Sumber Air Dan Pengkompaunan Negeri Kelantan

Bagaimanakah Kaedah-Kaedah Pelesenan, Caj Sumber Air Dan Pengkompaunan Negeri Kelantan

 

ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019

Kaedah-Kaedah Pelesenan, Caj Sumber Air Dan Pengkompaunan Negeri Kelantan 2020

 
   

 

SUSUNAN KAEDAH

Bahagian I

PERMULAAN

Peraturan

  1. Nama
  2. Tafsiran

Bahagian II

KUASA PENGARAH

  1. Kuasa Pengarah terhadap aktiviti abstraksi, pengubahan sumber dan penguatkuasaan.

Bahagian III

PERUNTUKAN PELESENAN

  1. Lesen
  2. Kelayakan
  3. Syarat-syarat kelulusan

Bahagian IV

KAWALAN ABSTRAKSI, PENGUBAHAN SUMBER DAN PENGUATKUASAAN

  1. Kawalan am
  2. Kawalan abstraksi air bumi
  3. Kawalan abstraksi air sungai dan lain-lain sumber air
  4. Kawalan abstraksi air laut
  5. Kawalan pelencongan air
  6. Kawalan aktiviti pengubahan sumber

 

Bahagian V

FI  PROSES,  LESEN  DAN CAJ

Peraturan

  1. Fi proses dan lesen
  2. Caj abstraksi air
  3. Caj Pengubahan Sumber Air
  4. Mendapatkan wang yang kena dibayar

Bahagian VI

PELBAGAI

  1. Pengkompaunan kesalahan
  2. Pematuhan kepada undang-undang bertulis lain

Jadual Pertama (Borang Permohonan)

Jadual kedua ( Susunan A Fee Proses / Susunan B Fee Lesen)

Jadual  ketiga ( Caj Abstraksi Air )

Jadual  keempat (Kadar Caj Pegubahan Sumber)

Jadual Kelima ( Pengkompaunan )

Jadual Keenam ( Borang Tawaran Untuk Mengkompaun )

Jadual Ketujuh ( Borang Penerimaan Tawaran Untuk Mengkompaun)

 

ENAKMEN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN 2019

Kaedah-Kaedah Pelesenan, Caj Sumber Air Dan Pengkompaunan Negeri Kelantan 2020

Pada menjalankan  kuasa yang diberikan oleh seksyen 76 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019. Pihak Berkuasa Negeri dengan ini membuat kaedah-kaedah yang seperti berikut :

Bahagian I

PERMULAAN

Nama

 

  1. Kaedah ini boleh dinamakan Kaedah-Kaedah Pelesenan, Caj Sumber Air Dan Pengkompaunan Negeri Kelantan 2020.

Tafsiran

 

  1. Apa-apa perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam kaedah-kaedah ini hendaklah mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberi kepadanya dalam Enakmen, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Enakmen” ertinya Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019;

“fi proses” ertinya bayaran yang dikenakan ke atas setiap satu borang permohonan lesen yang diisi untuk diproses oleh Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan bagi mendapat kelulusan

“fi lesen” ertinya bayaran yang dikenakan ke atas setiap satu lesen yang telah diluluskan oleh Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan.

“gangguan” merujuk kepada—

  • pengurangan pada kadar aliran sumber air;
  • pengurangan pada kuantiti dan kualiti air sesuatu sumber air;
  • pencemaran sumber air atau alam sekitarnya;
  • kerosakan pada struktur fizikal sesuatu sumber air atau alam sekitarnya;
  • menjejaskan atau mengubah sempadan antara negeri; atau
  • apa-apa keadaan lain yang difikirkan oleh Pengarah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada sumber air; dan

 

“Domestik” ertinya penggunaan air untuk tujuan rumah persendirian,  sara diri dan kegunaan awam.

“komersial” ertinya abstraksi air selain daripada untuk tujuan bekalan air domestik termasuklah kegunaan kilang, industri, loji janakuasa elektrik, hotel, air mineral, resort, padang golf, pusat cuci kereta, tapak semaian, akuakultur, pertanian, penternakan dan sebarang aktiviti lain.

Bahagian II

KUASA PENGARAH

Kuasa Pengarah terhadap aktiviti abstraksi, pengubahan sumber dan penguatkuasaan

 

  1. (1) Pengarah boleh, dengan kelulusan Setiuasaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri melalui Pemberitahuan dalam Warta, mengenakan Kaedah-Kaedah Pelesenan, Caj Sumber Air Dan Pengkompaunan Negeri Kelantan sebagaimana Seksyen 9, Seksyen 15 dan seksyen 71 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019

Bahagian III

PERUNTUKAN PELESENAN

Lesen

 

  1. (1) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, bagi maksud mana-mana abstraksi air, cari gali, pelencongan air dan aktiviti pengubahan sumber, tiada seseorang pun dibenarkan untuk menyebabkan atau membenarkan sebarang gangguan atau pelencongan air terhadap sumber air dan kawasan tadahan air kecuali
  • Sesuatu permohonan dibawah seksyen 35 atau pembaharuan seksyen 39 bagi lesen di bawah Enakmen hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam borang permohonan yang ditentukan oleh Pengarah.
  • Tiap-tiap permohonan lesen hendaklah dibuat sepertimana dalam Borang AT atau Borang BA atau Borang PS Jadual Pertama dan disertai dengan fi proses yang ditetapkan dalam Susunan A, Jadual Kedua.
  • Apabila permohonan lesen diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, fi lesen yang ditetapkan dalam Susunan B, Jadual Kedua hendaklah dijelaskan.
  • Setiap lesen yang dikeluarkan adalah sah selama satu tahun atau suatu tempoh masa lain yang ditetapkan oleh Pengarah Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan dan perlu diperbaharui tiga bulan sebelum tamat tempoh tersebut.
  • Setiap satu lesen yang dikeluarkan adalah merujuk dan terpakai bagi satu aktiviti atau peralatan pengabstrakan atau lokasi, cari  gali, pelencongan  air dan aktiviti pengubahan sumber dari mana-mana sumber air dan kawasan tadahan air.

Kelayakan

 

  1. Setiap individu atau golongan orang yang berikut adalah layak untuk memohon lesen—
    • Mana-mana orang perseorangan yang berstatus warganegara Malaysia dan berumur l8 tahun ke atas;
    • Suatu syarikat yang didaftarkan di Malaysia;
    • Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan; atau
    • Suatu Agensi atau Jabatan Kerajaan sama ada peringkat Negeri atau Persekutuan.

Syarat-syarat kelulusan

 

  1. (1) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua terma dan syarat-syarat
  • Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, lesen hanya akan dikeluarkan setelah Pengarah dengan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berpuas hati bahawa:
    • borang permohonan yang dikemukakan adalah lengkap; dan
    • fi bagi permohonan dan lesen abstraksi air telah dijelaskan.
  • Pengarah boleh menentukan terma dan syarat-syarat lesen untuk dipatuhi oleh pemegang lesen sebagai tambahan kepada terma dan syarat-syarat seperti dirujuk di dalam subkaedah (2).
  • Pengarah boleh dari semasa ke semasa membatalkan, meminda atau menambah mana-mana terma dan syarat-syarat  lesen  yang  dikeluarkan  di bawah kaedah-kaedah ini.

 

Bahagian IV

KAWALAN ABSTRAKSI, CARI GALI, PELENCONGAN AIR DAN AKTVITI PENGUBAHAN SUMBER

Kawalan am

 

  1. (1) Setiap aktiviti abstraksi, cari gali, pelencongan air dan aktiviti pengubahan sumber yang dilesenkan hendaklah dilengkapi dengan alat sukatan atau meter alir yang berfungsi
  • Pemegang lesen hendaklah, dengan kos sendiri, memastikan alat sukatan atau meter alir berada dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya pada sepanjang masa.
  • Pemegang lesen hendaklah mengemukakan kepada Pengarah bacaan- bacaan yang diambil daripada alat sukatan atau meter alir dari semasa ke semasa sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah.
  • Pemegang lesen hendaklah memastikan alat sukatan atau meter alir tidak diusik, diubah atau dialihkan tanpa kebenaran Pengarah.
  • Mana-mana pemegang lesen yang tidak mematuhi subkaedah di atas adalah melakukan suatu kesalahan.

Kawalan abstraksi air tanah

 

  1. (1) Tiada seseorang pun dibenarkan untuk mengabstrak air tanah, mencari gali, menggerudi, mengejet atau membina sebarang telaga termasuklah untuk mendalam, membesar atau mengubah telaga sedia ada bagi abstraksi air tanah tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada
  • Kerja atau aktiviti di  bawah  subkaedah (1)  hendaklah  dijalankan di bawah seliaan oleh seorang ahli kaji bumi atau mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Mineral dan Geosains.
  • Seseorang yang berniat hendak menjalankan sebarang ujian pengepaman hendaklah memberi notis bertulis kepada Pengarah dalam tempoh empat belas hari sebelum sesuatu ujian itu dijalankan.
  • Seseorang yang mengabstrak air tanah hendaklah menjalankan ujian pengepaman mengikut tempoh ujian pengepaman air tanah sekali pada setiap lima tahun atau tempoh lain yang ditetapkan serta kemudiannya mengemukakan kepada Pengarah laporan daripada setiap ujian pengepaman tersebut.
  • Pengarah boleh jika difikirkan perlu, mengarahkan pemegang lesen atau mana-mana orang untuk membina dan menyelenggara telaga pemantauan atas perbelanjaan sendiri bagi setiap telaga pengeluaran.

 

  • Pemegang lesen hendaklah, atas kosnya sendiri, menjalankan pemantauan kualiti dan paras air tanah pada setiap tahun atau pada tempoh masa lain yang ditetapkan dan laporan dari pemantauan tersebut dikemukakan kepada Pengarah.

Kawalan abstraksi air sungai dan lain-lain sumber air

 

  1. (1) Tiada seorang pun dibenarkan untuk mengabstrak air dari mana-mana sumber air dan kawasan tadahan air termasuklah sungai, lembangan sungai, empangan, alur air, tasik atau kolam sama ada semulajadi atau buatan, tanah perairan, perairan pantai dan lain-lain sumber air melainkan jika pengabstrakan tersebut

(2) Pengarah pada bila-bila masa boleh mengarahkan pemegang lesen, mana-mana orang atau pihak berkuasa awam, atas perbelanjaan mereka sendiri, untuk mengeluarkan sebarang peralatan dari kawasan abstraksi air atau untuk melakukan apa-apa kerja yang difikirkan perlu oleh Pengarah.

Kawalan abstraksi air laut

 

  1. (1) Tiada seorang pun dibenarkan untuk mengabstrak air laut dari perairan pantai dan tanah perairan termasuklah bagi tujuan penjanaan elektrik, sistem penyejukan industri minyak dan petroleum, hidroelektrik,  penyahmasinan air laut, rekreasi dan navigasi serta lain-lain penggunaan samada berbentuk komersil atau sebaliknya melainkan jika pengabstrakan tersebut
  • Tiada seorang boleh menyebabkan kemasukan atau pelepasan bahan buangan dan bahan pencemar daripada kawasan pengabstrakan air laut ke dalam mana-mana perairan pantai dan tanah perairan.
  • Tiada seseorang pun boleh menyebabkan pemendapan tanah, penerobosan air masin, kemusnahan tanah perairan, mempercepatkan pengaliran bahan buangan dan pencemar atau sebarang kesan lain yang dianggap sebagai memudaratkan oleh Pengarah yang timbul berikutan dari atau berkaitan dengan sebarang aktiviti abstraksi air laut.

Kawalan  pelencongan air

 

  1. (1) Tertakluk kepada seksyen 14 Enakmen, apa-apa aktiviti di kawasan pelencongan air tidak boleh dijalankan melainkan dengan kebenaran secara bertulis daripada
  • Tiada seorang pun boleh menyebabkan kemasukan atau pelepasan bahan buangan atau pencemar daripada kawasan pelencongan air ke dalam mana- mana sumber air dan kawasan tadahan air.
  • Pemegang lesen hendaklah, atas kosnya sendiri, menjalankan pemantauan terhadap kualiti dan kadar alir air pada tempoh masa yang ditetapkan dan laporan dari pemantauan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis dan berkala seperti yang ditetapkan oleh Pengarah.

 

  • Melainkan dibenarkan sebaliknya, setiap pelencongan air yang dilesenkan hendaklah dilengkapi dengan alat sukatan yang berfungsi sepenuhnya.
  • Tindakan untuk meninggalkan, menutup atau memberhentikan terus operasi muka sauk atau mana-mana premis hendaklah dimaklumkan kepada Pengarah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh tindakan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap sumber air dan segala perbelanjaan di atas tindakan yang akan diambil ditanggung oleh pemegang lesen.
  • Pemegang lesen hendaklah mematuhi sebarang arahan daripada Pengarah bagi tujuan subkaedah (5).
  • Kegagalan mematuhi subkaedah (5) adalah melakukan suatu kesalahan.
  • Pengarah bolehlah pada bila-bila masa mengarahkan pemegang lesen, atas perbelanjaan mereka sendiri untuk mengeluarkan semua peralatan muka sauk atau mana-mana premis dari kawasan pelencongan air atau berkenaan apa-apa kerja yang difikirkan perlu oleh Pengarah.
  • Jika terjadi apa-apa kemalangan atau kerosakan pada muka sauk atau mana-mana premis yang menyebabkan gangguan kepada kualiti, kuantiti dan aliran sumber air, pemegang lesen hendaklah dalam tempoh dua puluh empat jam memaklumkan kepada Pengarah.
  • Pemegang lesen di dalam subkaedah (9) hendaklah, atas perbelanjaannya sendiri, mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi mengurangkan kesan gangguan tersebut ke tahap yang memuaskan Pengarah.
  • Walau apa pun subkaedah (10), Pengarah boleh melalui notis bertulis mengarahkan mana-mana orang untuk mengambil semua tindakan yang munasabah bagi membersih, mengawal atau mengurangkan kesan gangguan tersebut dari sumber air dan kawasan tadahan air dan pemegang lesen tersebut hendaklah menangung segala kos yang terlibat.

Kawalan aktiviti pengubahan sumber

 

  1. (1) Kecuali dibenarkan secara nyata di bawah peruntukan mana-mana undang-undang lain, tiada seseorang pun boleh, selepas berkuat kuasanya Peraturan ini mengendalikan, tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, apa-apa aktiviti pengubahan sumber dalam mana-mana sumber air dan kawasan tadahan air sepertimana Jadual keempat
  • Jika, pada pendapat Pengarah, sesuatu aktiviti, kerja, struktur atau bangunan, dalam sumber air dan kawasan tadahan air adalah menyebabkan pengurangan pada kadar aliran sungai atau degradasi kualiti air atau menjejaskan alam sekitar, Pengarah bolehlah mengarahkan orang yang mengendalikan aktiviti itu atau tuanpunya atau penghuni struktur atau bangunan secara bertulis—
    1. untuk mengubahsuai atau menghentikan aktiviti itu; dan
    2. untuk mengubahsuai, memindah atau mengalihkan struktur atau bangunan
  • Pengarah atau mana-mana orang yang dibenarkan olehnya secara bertulis bolehlah, pada bila-bila masa, memasuki dan memeriksa mana mana bangunan atau premis terhadap mana sesuatu kebenaran telah diberi di bawah subkaedah (1).

Bahagian V

FI  PROSES,  LESEN  DAN CAJ

Fi proses dan lesen

 

  1. (1) Mana-mana orang yang menjalankan operasi di bawah peraturan-

             peraturan ini adalah tertakluk kepada fi dan caj yang berikut—

  • fi proses;
  • fi lesen; dan
  • caj abstraksi air.
  • Fi proses bagi setiap permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah bersama-sama borang yang ditetapkan dan hendaklah dibayar sebagaimana yang ditetapkan di dalam Susunan A Jadual Kedua.
  • Fi lesen bagi setiap pemegang lesen hendaklah dibayar sebagaimana yang ditetapkan dalam Susunan B, Jadual Kedua.

Caj abstraksi air

14.(1)     Caj abstraksi akan dikira berdasarkan penggunaan air mentah yang direkodkan oleh meter penggunaan atau anggaran penggunaan yang dikira munasabah oleh Pengarah. Bacaan meter akan dibuat setiap enam bulan sekali atau pada masa yang difikirkan patut oleh  oleh Pengarah.

(2) Bacaan meter penggunaan air mentah dalam ukuran meter padu oleh pemegang lesen perlu dikemukakan kepada Pengarah dan disahkan pada setiap bulan selewat-lewatnya pada 7 hari bulan pada bulan berikutnya.

(3) Setiap pemegang lesen perlu membayar caj penggunaan air mentah yang diabstrak mengikut sepertimana yang ditetapkan di dalam Jadual ketiga.

(4)Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam masa tujuh hari selepas bil dikeluarkan.

 

 

Caj Pengubahan Sumber Air

 

16 (1) Caj pengubahan sumber air ditetapkan berdasarkan aktiviti atau kerja-kerja yang boleh menjejaskan kuantiti atau kualiti sumber air.

(2) Setiap pemegang lesen perlu membayar caj penggunaan air mentah yang diabstrak mengikut sepertimana yang ditetapkan  di dalam Jadual Keempat.

(3) Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam masa tujuh hari selepas bil dikeluarkan.

Mendapatkan wang yang kena dibayar

 

  1. (1) Apa-apa jumlah wang yang berkenaan dengan aktiviti yang dilesen hendaklah kena dibayar dalam masa tiga puluh hari dan tarikh penyerahan bil, notis, resit, atau invois dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, jumlah itu boleh didapatkan oleh Pengarah sebagai suatu hutang yang terakru kepada Kerajaan Negeri melalui tindakan sivil di

(2) Suatu pernyataan bertulis oleh mana-mana pegawai diberi kuasa oleh Pengarah dan diperakui sewajarnya yang menyatakan amaun yang kena dibayar hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai bayaran yang kena dibuat oleh pemegang lesen di bawah subkaedah (1).

Bahagian VI

PENGKOMPAUNAN

Pengkompaunan Kesalahan

 

  1. ( i) Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan mana- mana kesalahan di bawah Enakmen ini atau perundangan subsidiarinya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun. Senarai kesalahan, penalti dan kompaun adalah seperti di Jadual Kelima

      (ii) Pengarah dengan keizinan Pendakwa Raya, boleh pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan  dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subkaedah (i) dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak  melebihi lima puluh peratus  daripada denda maksimun yang orang itu adalah bertanggungan jika dia telah disabitkan dengan kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalan tawaran  bertulis Pengarah.

     (iii) Suatu tawaran yang dibuat di bawah subkaedah (ii) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa  yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa perlanjutan  masa sebagaimana yang Pengarah boleh diberikan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu, terhadap orang kepadanya tawaran itu dibuat. Borang tawaran unuk mengkompaun kesalahan adalah seperti di Jadual Kedua.

      (iv) Jika mana-mana orang yang ditawarkan kompaun mengaku salah dan bersetuju dengan tawaran ini. Kompaun seperti di subkaedah (iii) di atas, beliau hendaklah menlengkapkan borang penerimaan tawaran untuk mengkompaun seperti di Jadual Ketiga dan membuat pembayaran kompaun tersebut di Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan.

       (v) Jika suatu tawaran telah dikompaun dibawah subkeadah (ii), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang  kepadanya tawaran kompaun telah dibuat, apa-apa dokumen, peralatan, bahan atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah di lucut hak dan dilupuskan menurut arahan Pengarah.

     

       (vi) Semua jumlah wang yang diterima dibawah subkaedah (ii) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Bagi Negeri Kelantan.

 

Bahagian VII

PELBAGAI

Pematuhan kepada undang-undang bertulis lain

 

18.Pengeluaran mana-mana lesen atau kebenaran di bawah Kaedah-kaedah ini tidak mengesahkan apa-apa perbualan atau tindakan yang menghendaki permit, kebenaran atau kelulusan tertentu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan pemegang lesen tidak dikecualikan daripada mematuhi kehendak undang-undang bertulis yang lain berkenaan dengan permit, kebenaran atau kelulusan itu.


Pemakaian

Sekiranya terdapat ketidakselarasan atau pencanggahan antara kaedah ini dan kaedah-kaedah yang dibawah Enakmen Bekalan Air 1995 dan kaedah dibawah Enakmen Parit Dan Sungai 1935, peruntukan kaedah ini hendaklah mengatasi dan peruntukan-peruntukan yang tidak selaras dengan kaedah ini .

Accordion Title
HUBUNGI KAMI
Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan
Aras Bawah, Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel   : 09-7475240
Faks : 09-7475220
Emel : jsank[a]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 06 Mei 2024, 16:44:41.

© Hakcipta Terpelihara 2020
Paparan Terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Pelayar Mozilla Firefox dan Chrome

BILANGAN PENGUNJUNG
Hari IniHari Ini16
KelmarinKelmarin135
Minggu IniMinggu Ini440
Bulan IniBulan Ini712
KeseluruhanKeseluruhan35530
KELGOV PPST