Jabatan Air Negeri Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 1996 untuk mengawalselia perkhidmatan bekalan air yang telah diswastakan pada 1 Oktober 1995. Penubuhan jabatan air adalah selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Bekalan Air 1995.
Matlamat awal penubuhan jabatan ini adalah untuk mempastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan secara effisien selaras dengan Dasar Air Negeri. Namun setelah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) berkuatkuasa, fungsi kawalselia bekalan air telah diambil alih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 1 Januari 2008. Pengambilalihan ini dilakukan disemua negeri di semenanjung mengikut Akta Pengurusan Industri Air Negara (WISA).
Ekoran dari pengambilalihan tersebut, Jabatan Air Negeri Kelantan kini berfungsi sebagai pengawal selia sumber air yang merangkumi kawasan tadahan, telaga dan semua sumber air mentah yang lain. Jabatan Air juga telah ditukar nama kepada Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan selaras dengan Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019.