Kadar Bayaran

FI  PROSES,  LESEN  DAN CAJ

Fi proses dan lesen

 

  1. (1) Mana-mana orang yang menjalankan operasi di bawah peraturan-

             peraturaniniadalahtertaklukkepadafidancajyangberikut—

  • fiproses;
  • fi lesen;dan
  • cajabstraksiair.
  • Fi proses bagi setiap permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah bersama-sama borang yang ditetapkan dan hendaklah dibayar sebagaimana yang ditetapkan di dalam Susunan A JadualKedua.
  • Fi lesen bagi setiap pemegang lesen hendaklah dibayar sebagaimana yangditetapkandalamSusunanB,JadualKedua.

Caj abstraksi air

14.(1)     Caj abstraksi akan dikira berdasarkan penggunaan air mentah yang direkodkan oleh meter penggunaan atau anggaran penggunaan yang dikira munasabah oleh Pengarah. Bacaan meter akan dibuat setiap enam bulan sekali atau pada masa yang difikirkan patut oleh  oleh Pengarah.

(2) Bacaan meter penggunaan air mentah dalam ukuran meter padu oleh pemegang lesen perlu dikemukakankepada Pengarahdan disahkanpada setiap bulan selewat-lewatnya pada 7 haribulanpadabulanberikutnya.

(3) Setiap pemegang lesen perlu membayar caj penggunaan air mentah yang diabstrak mengikut sepertimana yang ditetapkan di dalamJadual ketiga.

(4)Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam masa tujuh hari selepas bil dikeluarkan.

 

 

Caj Pengubahan Sumber Air

 

16 (1) Caj pengubahan sumber air ditetapkan berdasarkan aktiviti atau kerja-kerja yang boleh menjejaskan kuantiti atau kualiti sumber air.

(2) Setiap pemegang lesen perlu membayar caj penggunaan air mentah yang diabstrak mengikut sepertimana yang ditetapkan  di dalam Jadual Keempat.

(3) Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam masa tujuh hari selepas bil dikeluarkan.

Mendapatkan wang yang kena dibayar

 

  1. (1) Apa-apa jumlah wang yang berkenaan dengan aktiviti yang dilesen hendaklah kena dibayar dalam masa tiga puluh hari dan tarikh penyerahan bil, notis, resit, atau invois dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, jumlah itu boleh didapatkan oleh Pengarah sebagai suatu hutang yang terakru kepada KerajaanNegerimelaluitindakansivildi

(2) Suatu pernyataan bertulis oleh mana-mana pegawai diberi kuasa oleh Pengarah dan diperakui sewajarnya yang menyatakan amaun yang kena dibayar hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai bayaran yang kena dibuat oleh pemegang lesen di bawah subkaedah (1).

Bahagian VI

PENGKOMPAUNAN

Pengkompaunan Kesalahan

 

  1. ( i) Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan mana- mana kesalahan di bawah Enakmen ini atau perundangan subsidiarinya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun. Senarai kesalahan, penalti dan kompaun adalah seperti diJadual Kelima

      (ii) Pengarah dengan keizinan Pendakwa Raya, boleh pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan  dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subkaedah (i) dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak  melebihi lima puluh peratus  daripada denda maksimun yang orang itu adalah bertanggungan jika dia telah disabitkan dengan kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalan tawaran  bertulis Pengarah.

     (iii) Suatu tawaran yang dibuat di bawah subkaedah (ii) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa  yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa perlanjutan  masa sebagaimana yang Pengarah boleh diberikan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu, terhadap orang kepadanya tawaran itu dibuat. Borang tawaran unuk mengkompaun kesalahan adalah seperti di Jadual Kedua.

(iv) Jika mana-mana orang yang ditawarkan kompaun mengaku salah dan bersetuju dengan tawaran ini. Kompaun seperti di subkaedah (iii) di atas, beliau hendaklah menlengkapkan borang penerimaan tawaran untuk mengkompaun seperti di Jadual Ketiga dan membuat pembayaran kompaun tersebut di Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan.

       (v) Jika suatu tawaran telah dikompaun dibawah subkeadah (ii), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang  kepadanya tawaran kompaun telah dibuat, apa-apa dokumen, peralatan, bahan atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah di lucut hak dan dilupuskan menurut arahan Pengarah.

(vi) Semua jumlah wang yang diterima dibawah subkaedah (ii) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Bagi Negeri Kelantan.

HUBUNGI KAMI
Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan
Aras Bawah, Blok 4, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel   : 09-7475240
Faks : 09-7475220
Emel : jsank[a]kelantan.gov.my
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 06 Mei 2024, 16:44:41.

© Hakcipta Terpelihara 2020
Paparan Terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Pelayar Mozilla Firefox dan Chrome

BILANGAN PENGUNJUNG
Hari IniHari Ini117
KelmarinKelmarin97
Minggu IniMinggu Ini406
Bulan IniBulan Ini678
KeseluruhanKeseluruhan35496
KELGOV PPST