Sebutharga 2025
JABATAN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
Sebutharga 2025
SEBUTHARGA NO: JSANK/PKL/06/2025 BERTARIKH: 1 SEPTEMBER 2025
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred G1 Kategori CE Pengkhususan CE33 serta dimiliki 100% oleh rakyat tempatan, berdaftar dengan Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK) dan yang masih lagi dibenarkan untuk membuat kerja-kerja sebutharga di bawah ini:
KERJA-KERJA MEMBEKAL, MEMASANG DAN MENYIAPKAN SATU (1) UNIT TELAGA TIUB SERTA KERJA BERKAITAN DI KAWASAN TAPAK PROJEK BANGUNAN WISMA MADINAH AL-SALAM, TUNJONG, KOTA BHARU KELANTAN.
NO. SH: JSANK/PKL/06/2025.
2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi dari JABATAN SUMBER AIR NEGERI KELANTAN mulai dari 9 September 2025 (Selasa) hingga 14 September 2025 (Ahad) dari [jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bagi hari Ahad hingga Rabu] manakala dari [jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari bagi hari Khamis] pada waktu pejabat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai tawaran sebutharga di atas hendaklah membawa sijil pendaftaran ASAL yang dikeluarkan oleh dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan.
3. Borang sebutharga dijual dengan harga RM50.00 satu set. Bayaran boleh dibuat secara atas talian dengan mengunakan laman web https://serambipay.kelantan.gov.my/
4. Kontraktor yang berminat adalah diwajibkan untuk menyertai satu lawatan ke tapak bina yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 8 September 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat berkumpul : Tapak Projek Bangunan Wisma Madinah Al-Salam
(6.061519475231034, 102.25499382502564)
5. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah/tinggi ataupun mana-mana tawaran.
6. Borang sebutharga yang telah diisi dengan lengkap dan dimeterikan di dalam sampul surat yang bertulis No. Sebutharga di sudut kiri sebelah atas sampul surat, hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Jabatan Air Negeri Kelantan, Aras Bawah, Blok 6, Kompleks Kota Darulnaim tidak lewat dari jam 12.00 Petang pada 15 September 2025 (Isnin).
(TENGKU SHARIFUDDIN BIN DATO’ TENGKU SHAH BUDDIN)
Pengarah,
Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan.
- Hits: 7527